Dasar Privasi

AR | DE | EN | ES | FR | HI | ID | IT | JA | KO | MS | PL | PT | RU | SV | TH | VI | ZH-CN | ZH-HK

Kemas kini terakhir: Mac 2021

Pernyataan Privasi

2CV ialah sebuah agensi penyelidikan pasaran pengguna dan privasi anda sangat penting kepada kami.

Kami berusaha keras untuk melindungi privasi anda dan maklumat yang anda berikan semasa mengendalikan penyelidikan dengan kami (sama ada dihoskan pada laman web kami, laman web lain bagi pihak kami ataupun melalui apa-apa cara lain, termasuk melalui telefon atau secara bersemuka).

Tujuan dasar ini ialah untuk memberikan penerangan yang jelas tentang cara 2CV mengumpulkan dan menggunakan data peribadi yang anda berikan kepada kami dan yang kami kumpulkan. Kami memastikan bahawa kami menggunakan maklumat anda menurut semua undang-undang yang terpakai bagi perlindungan data peribadi anda.

Kami mengendalikan penyelidikan pasaran dan kami komited, dalam mendapatkan kerjasama anda, untuk tidak memperdayakan anda mengenai sifat penyelidikan atau cara dapatan akan digunakan. Semua jawapan anda akan diperlakukan sebagai rahsia melainkan anda bersetuju dikenal pasti.

Jika anda ada apa-apa pertanyaan mengenai dasar ini, atau anda mahu membuat permintaan untuk mengakses subjek, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami:

2CV DPO Team

Pasukan 2CV DPO

E-mel: DataProtection@2cv.com

Telefon: +44 20 7655 9900

Kami telah melantik IT Governance Europe Limited untuk bertindak sebagai wakil EU kami. Jika anda mahu menggunakan hak-hak anda di bawah Peraturan Perlindungan Data Umum EU (EU GDPR), atau mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan hak-hak anda atau hal privasi umum, sila hantarkan e-mel kepada Wakil kami di eurep@itgovernance.eu Sila pastikan anda menyertakan nama syarikat kami, 2CV, dalam sebarang surat-menyurat yang anda hantar kepada Wakil kami.

• Kami mengumpul maklumat hubungan anda seperti nama penuh, nama syarikat, alamat e-mel, alamat surat-menyurat dan nombor telefon apabila anda menghantar e-mel atau menelefon kami untuk mengajukan soalan atau memohon kerja.
• Kami mungkin diberikan maklumat, yang dikumpulkan secara sah oleh pelanggan kami, yang mahu kami mengajukan pertanyaan kepada anda sama ada anda mahu menyertai penyelidikan pasaran, projek perundingan, lembaga penasihat, atau acara lain. Maklumat ini mungkin mengandungi nama penuh, jawatan, nama syarikat, alamat e-mel, nombor telefon, alamat surat-menyurat anda, dan mungkin juga maklumat mengenai bidang kepakaran anda.
• Apabila kami mengendalikan penyelidikan pasaran, kami mungkin mengumpul maklumat tambahan daripada anda, yang hanya dilakukan dengan persetujuan anda. Anda akan diberikan butiran lengkap maklumat yang kami mahu kumpul pada masa kami meminta persetujuan anda.
• Kami juga mungkin mengumpul butiran anda daripada sumber maklumat awam yang tersedia atau membeli senarai daripada pembekal yang beroperasi mengikut peraturan perlindungan data.
• Selain perkara di atas, kami mengumpul maklumat secara automatik mengenai kunjungan anda ke laman web kami. Sila lihat Dasar Kuki kami untuk butiran lanjut.

Kami tidak melakukan sebarang pemprosesan data secara halimunan daripada komputer anda. Kami hanya mengumpul dan menggunakan data peribadi menurut dasar ini setakat yang dianggap munasabah untuk mencapai tujuan perniagaan yang sah, dan kami akan mengambil langkah perlindungan yang wajar untuk memastikan keselamatan, integriti, ketepatan dan privasi maklumat yang anda berikan.

2CV berusaha sewajarnya untuk memastikan data peribadi dalam pemilikan atau kawalannya, yang digunakan secara berterusan, tepat, lengkap, terkini dan relevan, berdasarkan maklumat terbaru yang tersedia kepada kami. Kami bergantung pada anda agar membantu kami memastikan data peribadi anda tepat, lengkap dan terkini dengan menjawab soalan kami dengan jujur.

• Mengendalikan pertanyaan dan permintaan mengenai perkhidmatan kami yang diserahkan kepada kami melalui e-mel atau panggilan telefon.
• Menghantar maklumat mengenai perkhidmatan kami yang berkenaan dengan anda mengikut peranan anda.
• Untuk menilai permohonan kerja yang kami tawarkan.
• Mengendalikan kajian penyelidikan pasaran;

Apabila kami menghubungi anda untuk penyelidikan pasaran, biasanya kami berbuat demikian kerana salah satu tujuan berikut:

• Untuk menjemput anda menyertai penyelidikan
• Untuk mengesahkan butiran penyelidikan yang anda bersetuju untuk sertai
• Untuk mengendalikan penyelidikan dengan anda
• Untuk mengesahkan jawapan/pandangan yang anda berikan dalam penyelidikan terbaru yang kami kendalikan (jika anda benarkan kami berbuat demikian)
• Untuk mengemas kini dan memastikan bahawa data peribadi anda dalam rekod kami adalah betul (terpakai bagi mereka yang bersetuju menyertai komuniti atau panel yang sedang berlangsung)
• Untuk memberitahu anda apabila anda memenangi cabutan hadiah yang kami tadbir atau untuk memberikan insentif kepada anda kerana mengambil bahagian.

Semua jawapan tinjauan anda akan diperlakukan sebagai rahsia. Kami tidak akan mendedahkan secara sengaja data peribadi anda atau mana-mana jawapan tinjauan kepada pelanggan yang menempah kajian atau mana-mana pihak ketiga melainkan anda bersetuju untuk berkongsi maklumat yang boleh mengenal pasti anda dan mana-mana jawapan anda.

• Dalam keadaan anda sudah memberikan persetujuan bagi pemprosesan data untuk tujuan tertentu.
• Pemprosesan adalah perlu untuk memenuhi kewajipan kontraktual yang dimasuki anda.
• Pemprosesan adalah perlu bagi maksud kepentingan sah yang mahu dicapai oleh syarikat kami tetapi ia berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan yang anda gunakan dalam peranan anda, atau berkaitan dengan permohonan kerja anda.

Kepentingan sah yang mahu kami capai adalah seperti berikut:

• Sebagai respons kepada pertanyaan anda tentang barangan dan perkhidmatan kami.
• Bagi tujuan mempromosikan barangan dan perkhidmatan kami melalui pemasaran langsung yang berkaitan dengan anda dalam peranan anda. Kami akan sentiasa mengesahkan cara maklumat peribadi anda diperoleh dan sentiasa menawarkan pilihan untuk menarik diri daripada komunikasi pemasaran.
• Sebagai respons kepada permohonan anda untuk mendapat kerja yang kami iklankan atau yang menjadi sebab kami menghubungi anda.

Kami tidak akan memberikan data peribadi anda kepada organisasi lain untuk mereka menggunakannya bagi tujuan pemasaran mereka sendiri.

Walau bagaimanapun, kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda dalam keadaan berikut:

• Kepada pihak ketiga yang melakukan fungsi tertentu bagi pihak kami. Kami menghendaki semua pihak ketiga agar mematuhi semua arahan kami dan undang-undang perlindungan data dengan ketat dan kami memastikan bahawa kawalan sewajarnya dilaksanakan. Kami memasuki kontrak dengan semua pihak ketiga kami dan memantau aktiviti mereka untuk memastikan mereka mematuhi dasar dan prosedur kami. Mereka hanya boleh mengakses data peribadi yang diperlukan untuk melakukan fungsi mereka, dan tidak akan menggunakannya untuk tujuan lain.
• Dalam keadaan kami diwajibkan mendedahkan maklumat peribadi anda untuk mematuhi undang-undang atau pendedahan adalah 'perlu' untuk tujuan keselamatan negara, pencukaian dan penyiasatan jenayah ataupun kami ada persetujuan bertulis anda.

Memandangkan perniagaan kami beroperasi di seluruh UK, AS dan Asia, data yang kami kumpul daripada anda mungkin dipindahkan ke, dan disimpan di, destinasi di luar Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”). Data ini juga mungkin diproses oleh pekerja kami ataupun pekerja kami di tempat salah satu pembekal kami yang beroperasi di luar EEA. Dengan menyerahkan data peribadi anda, anda bersetuju dengan pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan ini.

Kami akan mengambil semua langkah munasabah dan mengikut kadar yang diperlukan untuk melindungi data anda dan memastikan ia diuruskan menurut dasar privasi kami. Kami memastikan bahawa semua kontraktor dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami mematuhi standard keselamatan dan kerahsiaan yang sama.

2CV melaksanakan perlindungan teknikal, pentadbiran dan fizikal yang sewajarnya untuk melindungi maklumat, termasuk, tanpa had, data peribadi yang diterima atau dikumpul oleh kami. Kami menyemak, memantau dan menilai amalan privasi dan sistem perlindungan kami secara tetap. Hanya pekerja tertentu boleh mengakses data peribadi yang anda berikan kepada kami dan mereka hanya diberikan akses untuk tujuan analisis data dan kawalan kualiti.

Melainkan tempoh penyimpan lebih lama dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang, kami hanya akan memegang maklumat peribadi anda dalam sistem kami bagi tempoh yang diperlukan untuk mencapai tujuan yang digariskan dalam Dasar Privasi ini atau sehingga permintaan anda dipadam.

Pada bila-bila masa selama kami memegang atau memproses data peribadi anda, anda sebagai subjek data, mempunyai hak berikut:
• Hak akses
anda berhak meminta salinan maklumat mengenai anda yang kami pegang.
• Hak pembetulan
anda berhak membetulkan data mengenai anda yang kami pegang yang tidak tepat atau tidak lengkap.
• Hak untuk dilupakan
dalam keadaan tertentu, anda boleh minta agar data mengenai anda yang kami pegang dipadam daripada rekod kami.
• Hak sekatan pemprosesan
jika keadaan tertentu terpakai yang menyebabkan terdapat hak untuk menyekat pemprosesan.
• Hak kemudahalihan
anda berhak meminta data mengenai anda yang kami pegang dipindahkan ke organisasi lain.
• Hak membantah
anda berhak membantah jenis pemprosesan tertentu seperti pemasaran langsung.
• Hak semakan kehakiman
sekiranya 2CV menolak permintaan anda di bawah hak akses, kami akan memberi anda sebab kami berbuat demikian. Anda berhak membuat aduan mengikut cara yang digariskan di bawah.

Jika anda ada apa-apa pertanyaan mengenai dasar ini, atau anda mahu membuat permintaan untuk mengakses subjek, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami:

2CV DPO Team
Pasukan 2CV DPO
2CV
12 Flitcroft Street London
WC2H 8DL
E-mel: DataProtection@2cv.com
Telefon: +44 20 7655 9900

Sekiranya anda mahu membuat aduan mengenai cara data peribadi anda diproses oleh 2CV (atau pihak ketiga yang diterangkan di atas), atau cara aduan anda dikendalikan, anda berhak membuat aduan terus kepada pihak berkuasa kawal selia dan Pegawai Perlindungan Data 2CV.

Laman web: https://ico.org.uk/concerns
Talian bantuan telefon: 0303 123 1113

Kami telah melantik IT Governance Europe Limited untuk bertindak sebagai wakil EU kami. Jika anda mahu menggunakan hak-hak anda di bawah Peraturan Perlindungan Data Umum EU (EU GDPR), atau mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan hak-hak anda atau hal privasi umum, sila hantarkan e-mel kepada Wakil kami di eurep@itgovernance.eu Sila pastikan anda menyertakan nama syarikat kami, 2CV, dalam sebarang surat-menyurat yang anda hantar kepada Wakil kami.

Kami mungkin mengubah Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Jika kami mengubah Dasar ini, kami akan menyiarkan versi pindaan di sini dan mengubah "Tarikh Kuat Kuasa" yang disenaraikan pada bahagian atas Dasar ini. Kami menggalakkan anda menyemak bahagian ini secara berkala untuk membaca versi terkini Dasar kami.